Posts

Banjir Disember 2021

 Okey, sekarang ni dah nak masuk tahun 2022 dan dah lepas Krismas 2021 dah.  Tahun ni boleh kata banyak benda yang telah terjadi -  yang paling baru yang kasi Gegar satu negara adalah banjir yang melanda disebabkan oleh taufan yang berasal daripada Filipina. So, Sampai sekarang pun masih terkesan lagi -  kawan satu ofis,  beberapa orang telah pun rumah mereka telah dinaiki air.  Dan yang paling teruk,  adalah salah seorang staff aku yang bekerja sebagai pemandu jabatan yang telah rumah dia Dekat Salak Tinggi naik sampai tahap leher.  Dan boleh katakan semua perabot yang berada di aras bawah semua ditenggelami air dan tak boleh pakai.  Kita kawan satu office datang bersihkan rumah dia daripada Selut dan lumpur beberapa hari yang lepas,  dan tak tahu nak cakap apa.  Memang boleh katakan kebanyakkan benda tak boleh guna balik dah. Okey nanti aku update balik
Recent posts